TAJAAN MURID DI SEKOLAH PAS, COX'S BAZAR

APA TERJADI DI COX’S BAZAR?
Makanan apa yang mereka jamah hari
ini? Berapa lama sudah mereka terperosok dan berlapar di situ? Entahlah...
Mereka itu Muslim Rohingya!
Kesian mereka. Tidak lupa juga nasib
mereka di Sungai Naf, mereka tetap dijamah derita, bezanya adalah mereka bebas
dari ancaman kematian yang menghambat, yang semakin dekat setiap saat, jika
terus berada di kampung halaman sendiri.
Begitulah pengalaman kami pada tahun
2017. Menjenguk dan melihat saudara Islam pelarian Rohingya yang keluar dari
tempat mereka dan berhijrah ke kem pelarian Cox’s Bazar.
Hijrah mereka hanya untuk
menyelamatkan nyawa, bukanlah untuk mencari kesenangan!. Gembira mereka apabila
kami datang membawa bekalan makanan. Ingatan kami sentiasa untuk mereka.
PENDIDIKAN MENGUBAH NASIB KELUARGA
Setiap orang
mengimpikan kehidupan yang baik dan sejahtera. Hanya dengan Pendidikan dapat mengubah nasib
mereka di sana.
Anak-anak yang
ada di sana tidak seperti kita di Malaysia. Dapat bersekolah dengan aman
Tidak
ketinggalan juga keperluan harian persekolahan mencukupi yang telah disediakan
oleh ibu bapa masing-masing.
Berbeza mereka Cox’s Bazar. Mengharapkan sumbangan dan bantuan daripada umat Islam daripada seluruh dunia.
MADRASAH TUAN PUAN ADA DI SANA
Alhamdulillah…
berkat sumbangan Tuan Puan sebelum ini dapat kami membina sebuah Madrasah buat
mereka.
Gembira anak-anak
mereka dapat belajar al Quran bersama-sama
Kami tahu,
madrasah yang kami bina belum lengkap sepenuhnya. Banyak lagi keperluan yang
kami perlu sediakan
Oleh itu, kami
memerlukan sumbangan Tuan Puan buat mereka. Madrasah ini bukan milik kami
Tapi Madrasah ini milik kita bersama. Nama Tuan Puan tercatat di Cox’s Bazar atas sumbangan yang telah diberikan
Terima Kasih atas Sumbangan Tuan Puan untuk
TAJAAN MURID DI SEKOLAH PAS, COX’S BAZAR
Dengan hanya
RM 50/100
Anda sudah boleh menyumbang bersama dengan kami