TAJAAN MAKANAN 1,000 KELUARGA DI YAMAN

PAHALA YANG BERGANDA
“Bandingan (pahala) orang-orang yang
membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang
tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat
seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah
Al-Baqarah Ayat 261)
Sebenarnya duit
yang kita sumbangkan kepada mereka adalah untuk diri kita.
Yer. Untuk diri Tuan Puan yang ikhlas menyumbang. Ianya akan menjadi hujah yang begitu besar di hadapan Allah yang Maha Penyanyang.
TERHARU KAMI
MELIHAT MEREKA
Sedih melihat keadaan mereka. Kami berada di sana dan melihat sendiri
bagaimana susahnya mereka ingin mendapatkan bekalan makanan
Sudah
lama mereka terputus bekalan makanan. Makanan yang kami berikan hanya
dapat bertahan beberapa hari.
Oleh itu kami memerlukan sumbangan yang berkala dari Tuan Puan untuk anak-anak di Yaman
PASRELIEF BERSAMA MEREKA
Pada 1-8 Mac 2019, delegasi PASRelief telah
menggerakkan Misi Kemanusiaan Yaman, tiga wakil PAS Relief telah berjaya masuk
ke Yaman dan menyerahkan 40.5
tan makanan kepada rakyat Yaman yang memerlukan.
Manakala pada 7-15 Mac 2020, PASRelief melancarkan Misi Kemanusiaan Yaman 2.0. Namun, misi ini tidak dapat diteruskan kerana pandemik COVID19, walaubagaimanapun, sebanyak RM 100,000.00 yang dikumpulkan bersama NGO tempatan telah berjaya disalurkan melalui wakil di Yaman.
TOLONG MENOLONG DALAM MELAKUKAN KEBAJIKAN
“Dan
hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab
seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”
(Surah
al-Ma’idah, ayat 2)
Terima Kasih atas Sumbangan Tuan Puan untuk
TAJAAN MAKANAN 1,000 KELUARGA
Dengan hanya
RM 100 SATU KELUARGA
Anda sudah boleh menyumbang bersama dengan kami