BANTUAN PENDIDIKAN YAMAN

PAHALA
YANG MENGALIR
Dalam
sebuah hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
DUNIA
TEMPAT BERCUCUK TANAM AMALAN KEBAIKAN
Tuan Puan,
Dunia ini merupakan tempat untuk kita bercucuk tanam.
Kita tanam amalan kebaikan dan kebajikan bagi memungut
hasil di akhirat dengan ganjaran syurga yang kekal
abadi
Sedekah Jariah merupakan sedekah yang mengalir
sehingga pahala amalan kita tidak
akan terputus walaupun kita meninggal dunia.
Lebih-lebih lagi sedekah jariah bagi DANA
PENDIDIKAN.
Waqaf atau salurkan sedikit bantuan daripada harta kita pada hari ini di dunia, kita telah merancangan kehidupan di syurga yang didambakan oleh sekalian hambanya.
KENAPA
YAMAN?
·
Negara
Yaman sedang berada dalam keadaan yang kritikal berpunca daripada konflik dan peperangan yang
tidak berkesudahan. Pada 1 Mac 2021, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) telah mengeluarkan kenyataan memohon 3.85 bilion USD bantuan bagi
menampung keadaan di Yaman.
·
16
juta rakyat Yaman bangun dalam keadaan lapar setiap hari dan lebih teruk sebahagiannya sedang dalam
kebuluran.
· menurut PBB, separuh daripada kanak-kanak berusia 5
tahun kebawah di Yaman mengalami
kekurangan nutrisi yang kritikal dan 400,000 daripada mereka akan mati
jika tidak mendapat rawatan segera.
· Bahkan sehingga kini, usaha berterusan daripada PASRelief tetap bergerak dengan menjalankan Bantuan Untuk Yaman, termasuk BANTUAN PENDIDIKAN
Terima Kasih atas Sumbangan Tuan Puan untuk
DANA PENDIDIKAN
YAMAN
Dengan hanya
RM 50/100
Anda akan menaja generasi umat Islam di Yaman